Wan Romani Wan Salim

Yang Berhormat Wan Romani bin Wan Salim adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang,[1] Kedah bertanding di atas tiket PAS. Dalam kerajaan negeri, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah memegang portfolio Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, dan Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, apabila berlakunya pertukaran kepimpinan negeri berikutan kemelut politik Kedah 2020.